Monday, October 18, 2010

    Tanda2 si dea sudah jatuh cinta ! ( haha )

  •  Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu apabila diminta oleh pasangan selagi dia termampu
  • Dia akan sentiasa ingin menghiburkan pasangannya daan berubah dari seorang pendiam kepada seorang pencerita yang ceria
  • Dia akan sentiasa menasihati kekasihnya dan nasihat menjadi rutin dalam bicara bersama kekasihnya
  • Mula mengongkong sedikit kerana wujudnya perasaan cemburu dan takut pasangannya mereka di ambil oleh lelaki lain.
  • Dia akan sentiasa mengawasi pergerakkan pasangan dan akan bertindak sebagai pelindung terhadap kekasihnya.
  • Kurang gemar apabila lelaki lain cuba mendekati pasangannya
  • Mudah sensitif apabila pasangan tidak menumpukan sepenuh perhatian apabila dia berbicara
  • Ada ketika dia akan bersikap keanak-anakkan yang sangat memerlukan perhatian kerana mahu pasangannya melayannya lebih daripada orang lain
  • Resah dan gelisah apabila pasangannya berjauhan dengannya bagi jangka masa yang lama
  • Lebih mementingkan pasangannya daripada diri sendiri dan tidak akan melayan wanita lain tanpa alasan ata sebab yang kukuh
  • Berasa bangga untuk memperkenalkan pasangan kepada orang lain
  • Dia tidak sekali-kali akan curang kepada pasangan dan mengharapkan perkara yang sama dari pasangannya
  • Lelaki mempunyai rasa malu apabila jatuh cinta. Pada awalnya dia akan memerhati anda dari jauh dan jika kita mengetahuinya dia akan berpura-pura melihat ke arah lain
  • Sentiasa bertembung dengannya di merata-rata tempat tanpa dijangka
  • Intonasi suaranya lebih rendah dan romantik apabila berbicara dengan pasangannya 
  • Adakala dia akan merenung tajam ke dalam mata pasangannya. Matanya kelihatan lembut apabila melihat pasangannya dan berubah perlahan-lahan dalam keadaan tenang.
  • Perubahan karakter yang dapat dilihat apabila dia berbicara dan berada dekat dengan pasangannya, wajahnya akan berubah menjadi merah dan pergerakkan akan menjadi sedikit kekok.
  • Dia akan sedaya upaya mengawal kemarahan apabila bersama pasangan
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

No comments:

Post a Comment